Halaman

Khamis, 16 Jun 2011

BAHASA ISYARAT UNTUK SI KECIL!

Kita sering tertanya-tanya apa sebenarnya yang anak kita mahukan terutama sekali ketika dia meraung-raung dengan tangisan. Ini tidak mahu, itupun tidak mahu, pening kepala memikirkan. Kebanyakan ibubapa membiarkan ia terus menjadi misteri kehidupan. Dengan harapan beberapa bulan lagi anak akan mula bercakap menyatakan dia lapar, letih dan meminta ibu mencantumkan lego untuknya. Tapi, percayakah jika dikatakan kita sebenarnya dapat berkomunikasi dengan bayi kita lebih awal lagi? Ini dengan menggunakan bahasa isyarat. Penggunaan bahasa isyarat dengan bayi boleh digunakan seawal yang kita kehendaki.

Walaubagaimanapun, anak kita mungkin akan cuba menggunakannya sendiri sekurang-kurangnya di usia 6 bulan.





1. Mulakan dengan beberapa isyarat terlebih dahulu. Ia memudahkan kita untuk mengingat bagaimana untuk melakukannya dan membuatnya selalu. Mulakan dengan isyarat yang akan selalu digunakan seperti ‘makan’, ‘minum’, dan ‘hendak lagi’.

2. Sentiasa menyebut perkataan yang mewakili isyarat itu. Apa yang perlu diingat ialah, bahasa isyarat adalah bahasa penghubung kepada bahasa percakapan, bukan untuk menggantikannya. Sentiasalah ingat untuk membuat bahasa isyarat yang mewakilinya setiap kali kita menyebut perkataan itu. Konsistensi adalah penting.

3. Jangan melakukan terlalu pantas. Kanak-kanak kecil belajar melalui ulangan. Jadi jika kita mahu bertanya adakah dia lapar. Buatlah isyarat ‘makan’ berulangkali sambil bertanyakan soalan yang sama dengan cara yang berbeza-beza. Contohnya “nak makan tak?” “nak makan apa-apa?”

4. Menggunakan peluang yang ada sebanyak mungkin pada setiap hari. Jika kita menggunakan isyarat ‘kucing’ hanya apabila kucing peliharaan jiran berada berdekatan, bayi kita mungkin menyangka isyarat tersebut hanya untuk kucing itu sahaja. Tetapi jika kita membuat isyarat ‘kucing’ apabila menonton Tom & Jerry atau apabila ternampak gambar kucing dalam buku, anak kita akan dapat mempelajari isyarat itu.

Dalan satu kajian yang dilakukan di luar Negara, bahasa isyarat membuktikan bayi kita akan lebih awal bercakap benbanding bayi yang tidak didedahkan dengan bahasa isyarat. Kini, para penyelidik sedang mengkaji samada bahasa isyarat dan kebolehan berkomunikasi yang wujud dapat membantu menenagkan bayi daripada mengamuk. Hendak Cuba bahasa Isyarat?

Cuba isyarat-isyarat mudah ini..
•MAKAN/LAPAR- Letak hujung jari di mulut anda
•MINUM/DAHAGA -Buat gaya seperti hendak menghisap ibu jari.
•HENDAK LAGI- Rapatkan jari jemari kedua-dia belah tangan bersama berulangkali.
•TUKAR LAMPIN -Tepuk pinggul anda.
•TIDUR- Rapatkan kedua belah tapak tangan anda dan sandarkan kepala anda kepadanya.
•TELEFON- Letak tangan di telinga •BUKU Buka dan tutup tapak tangan anda seperti sedang membuka buku.
•KUCING- Buat gaya seolah-olah memegang misai di pipi anda.
•BURUNG -Sentuhkan jari telunjuk ke ibu jari di tepi mulut dan buka tutupnya seolah-olah ia paruh burung.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...