Halaman

Selasa, 28 Jun 2011

MAKNA DI SEBALIK NAMA MENCERMINKAN PERSONALITI ANAK

Ramai bakal ibu dan ayah tercari-cari nama anak yang bakal dilahirkan. Keterujaan ini biasanya bermula diawal kehamilan sehinggalah saat menunggu kelahiran. Nama anak yang dipilih kebanyakannya melihat pada makna yang sangat cantik. Ada juga kawan saya yang berkata “bestnya anak ramail leh letak nama yang cantik-cantik dan makna yang baik-baik. Ada yang sanggup meletakkan 4 patah nama kerana terlalu excited dengan nama yang berkenan dihati sedangkan nama ayah 1 patah jer...

Di sini saya ada beberapa nama cadangan yang sebelum ini antara dalam senarai untuk dinamakan kepada anak.

Nama-nama lelaki

1. Ijlal (Penghormatan
)
Anak merupakan suatu penghormatan yang Allah berikan kepada manusia. Oleh yang demikian penghormatan itu hendaklah dijaga dengan sebaiknya. Didiklah anak sesempurna mungkin.


2. Fudail (Kelebihan, kemuliaan)
Anak yang dididik dengan kasih sayang dan bertanggungjawab, hasilnya akan membentuk seorang anak yang penuh dengan sifat-sifat baik. Adanya akhlak yang baik dalam dirinya, menjadikannya contoh terbaik masyarakat.

3. Busran (Khabar gembira)
Kelahiran anak memang sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ia merupakan khabar gembira dan arasa syukur kepada Allah.

4. Asnawi (yang berseri/gemilang)
Anak bukan sahaja diharapkan lahir dalam keadaan sempurna. Semampu mungkin ibuubapa hendaklah berusaha mendidik anaknya menjadi seorang yang gemilang dan terbilang dalam bidang yang diminati.

5. Qawi (Gagah)
Anak yang diberi pilihan nama ini, akan membesar menjadi pemuda yang tampan. Berbadan tegap dan gagah. Mempunyai jati diri yang baik dan tegas dengan pendiriannya serta tidak mudah tergugat.

6. Qahir (yang menang)
Dalam menghadapi dunia persaingan, moga-moga anak yang diberikan nama ini selalu memperoleh kemenangan. Mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan berdasarkan maksud namanya yang begitu baik.

7. Qawiem (yang lurus)
Seorang yang sangat setia. Tak pandai berbohong dan seorang anak yang boleh dipercayai. Anak yang sangat amanah dan bertanggungjawab.

8. Quwaidir (yang berkemampuan)
Berkemampuan untuk menjadi anak yang cemerlang di masa hadapan. Jika benar-benar mendapat petunjuk, dia mampu pula menunjukkan segala kemampuan dirinya untuk menjadi seoarang yang berjaya.

9. Raimi (keutamaanku)
Anak sememangnya menjadi keutamaan kedua ibu bapanya. Merekalah anak soleh yang diharapkan untuk mendoakan ibubapanya di akhirat kelak. Hanya doa anak yang soleh akan diterima Allah.

Nama-nama perempuan

1. Ahalam (paling sempurna)
Anak yang paling sempurna dalam hidupnya. Sempurna pada fizikal anak dan akal fikirannya. Seorang yang sentiasa ingin kelihatan kemas dan sempurna dalam kehidupan hariannya.

2. Liyana (kelembutan)
Seorang anak yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Pandai berkomunikasi dalam masyarakat. Lembut tetapi tegas dalam pendirian. Sikap ramah dalam dirinya membuatkan orang suka mendekatinya.

3. Razanah (yang terhormat dan disegani)
Ilmu merupakan penyuluh hidup. Seorang anak yang berilmu dan mengamalkan ilmunya membentuk dirinya menjadi seorang yang dihormati dan disegani masyarakat.

4. Rauqah (kecantikan yang menawan)
Anak memang diharapkan memiliki wajah yang cantik. Bukan sahaja diharapkan wajah tetapi budi bahasa juga cantik. Bukan mudah untuk memiliki kedua-duanya sekali.

5. Rasyiqah (cantik & rajin)
Seorang anak yang cantik dan rajin pula. Anak yang begini sangat menguntungkan keluarga. Orang kata sejuk ibu yang mekahirkan ke dunia.

6. Rahwani (kemuliaan)
Pandai menjaga maruah diri. Berakhlak dan penuh dengan sifat-sifat yang kemuliaan dalam dirinya.


7. Robiah (taman yang subur)
Seorang anak yang sangat bertanggungjawab. Jika dia seorang yang berilmu pengetahuan, dia tidak kedekut dengan ilmu yang dimilikinya. Malahan boleh menyampaikan ilmunya dengan baik.

8. Rafhanah (hidup bahagia dan mewah)
Nama yang sepatutnya diberikan kepada anak perempuan. Bukan sahaja kebahagiaan dan kemewahan hidup yang diharapkan. Apa yang penting adalah keimanan.

9. Ridwana (kesukaan, keriangan)
Seorang anak yang penuh keceriaan. Tidak suka mempamerkan kesediahan. Pandai mengawal emosi diri. Kebolehan ini menyebabkan dirinya menjadi seorang yang kelihatan bijak.


10. Adawiyah (ubat penawar)
Anak adalah ubat/ penawar paling mujarab untuk ibubapanya. Kesedihan anak adalah kesedihan ibubapanya. Begitulah sebaliknya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...