Halaman

Rabu, 22 Jun 2011

HAMIL...WAKTU PALING SEKSI DAN CANTIK BAGI WANITA

Betulkah kenyataan di atas? Mmmm...Mungkin ramai wanita kat luar sana yang menafikan dan ader juga yang mengiakan. Di sini aku nak kongsikan dari pembacaan dan juga pemerhatian serta pengalaman sendiri sepanjang tempoh kehamilan 3 orang anak.

Persepsi kebanyakan wanita, tiada lagi istilah untuk cantik dan menawan apabila sudah berbadan dua. Usia kehamilan yang makin banyak memboyotkan lagi perut menjadikan keyakinan seseorang wanita makin kurang. Ini kerana kecantikan sering dikaitkan tubuh yang langsing dan pinggang yang ramping. Kerana inilah wanita sering melupakan penampilan diri apabila hamil atau berbadan dua. Mereka tidak mahu melaram, bersolek atau berfesyen. Sedangkan menurut pakar perunding ibu hamil, Patricia Hughes, wanita berbadan dua sebenarnya mempunyai seri yang luar biasa. Jadi tidak hairanlah ada yamg berpendapat wajah wanita mengandung akan kelihatan berseri dan bercahaya....tak jemu mata memandang.



Menurut Patricia lagi, kehamilan menyerlahkan kecantikan semula jadi seseorang wanita biarpun berat badan makin bertambah dan perut makin membesar.

Kulit Makin Cantik
& Sihat

Perubahan hormon pada wanita hamil akan menaikkan seri wajah. Kulit menjadi semakin cantik, sihat dan tegang. Pengaliran darah yang aktif daripada biasa akan menyebabkan system di dalam tubuh bekerja lebih kuat. Dan yang paling disedari kulit wanita hamil akan menjadi lembab dan awet muda. Bagaimanapun awas! Ada juga wanita yang kurang bernasib baik apabila mengalami alahan seperti kulit menjadi kusam, kering, berbintik merah dan jeragat apabila mulai hamil. Tapi jangan bimbang, masalah ini akan berkurangan apabila usia kandungan makin bertambah dan melahirkan anak.

Rambut Ikal Bersinar

Rambut juga akan lebih sihat, bersinar, cepat panjang dan makin lebat. Jangan lepaskan peluang untuk berdandan dan tunjukkan kehebatan kepada kaum suami. Saya cadangkan supaya waktu ini gunakan untuk berdandan agar kelihatan menawan dan seksi. Gayakan dengan klip, tocang atau siputkan agar Nampak menawan.

Payu Dara Lebih Cantik

Perubahan selain perut yang makin tegang, bahagian payu dara ibu juga makin berisi. Ini adalah sebagai penarik bagi anda. Tapi ingat hanya untuk SUAMI. Saat ini anda paeti Nampak seksi. Pilih coli yang sesuai, selesa dan juga cantik dipandang. Biarkan perut makin membesar, kita antara wanita yang tetap menarik dipandang.

Kuku Lebih Sihat dan Bersinar

Kuku akan tumbuh sihat dan cantik. Ini masanya untuk kita mencantikkan kuku tangan dan kaki. Jadi tidak perlu bersusah payah untuk ke spa membuta manicure atau pedicure semata-mata untuk mencantikkan kuku.
Wanita...Hargailah Tempoh Kehamilan yang di anugerahkan!!!!!! Tahniah bagi wanita hamillll, menunggu masa untuk meletuppppppppppp

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...