Halaman

Selasa, 2 Ogos 2011

LATIH ANAK BERPUASA

Latih kanak-kanak berpuasa ikut kemampuan


Sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud: Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa, orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Agama Islam menjaga sifat semula jadi manusia. Kanak-kanak harus dilatih sejak kecil lagi supaya mahir melakukan ibadat dan taat kepada Allah s.w.t..

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti sembahyang. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini.

Tahap umur berapakah latihan ini mesti dilakukan? Tidak semestinya semasa umur kanak-kanak itu tujuh tahun kerana puasa lebih susah daripada sembahyang. Terpulanglah kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.

Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa, bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang lain selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh, dan ditaklifkan berpuasa, dia tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir.

Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya.

Seorang penyair berkata, maksudnya:

Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa.

Dahan yang lembut mudah teguh bila dilentur...

Dan akan menjadi keras (tidak lembut) bila ia telah menjadi kayu.

Ibu bapa dan penjaga hendaklah membiasakan anak-anak mereka, sama ada lelaki atau perempuan, berpuasa dan sembahyang. Sembahyang diajar ketika umur mereka tujuh tahun dan jika enggan bersembahyang pada umur sepuluh tahun mereka hendaklah dipukul.

Puasa pula dilatih ketika mereka mampu melakukannya walaupun umur melebihi tujuh tahun. Penjaga seperti ayahnya boleh menyuruhnya berpuasa.









Petikan dan Sumber:
Dr. Yusuf al-Qardawi, Fatwa Masa kini (Terjemahan 1 & 2), Pustaka Salam Sdn. Bhd..

Rabu, 27 Julai 2011

MASALAH PENGLIHATAN KANAK-KANAK

Rawatan Penglihatan Kanak-Kanak Afakia

Afakia adalah satu keadaan di mana mata telah kehilangan kanta kristalin yang asal (ketiadaan kanta mata) melalui pembedahan disebabkan oleh katarak (kanta kristalin berkabut).

Ia boleh berpunca sejak lahir, trauma ataupun bila bayi mempunyai penyakit sistemik. Kebiasaannya, jika dikesan semasa lahir, ia dikenali sebagai katarak kongenital.

Katarak kongenital merupakan opasti atau kekabutan pada kanta kristalin yang boleh menghalang penglihatan. Ia boleh mengakibatkan kekaburan penglihatan yang nyata ataupun secara total.

Katarak kongenital kebiasaannya berlaku pada kedua-dua belah mata (bilateral) manakala katarak yang disebabkan oleh trauma selalunya berlaku pada satu mata (unilateral).

Sekiranya katarak tidak dapat dikesan awal, ia boleh menyebabkan deprivasi/halangan penglihatan pada bayi. Ini berlaku disebabkan oleh pengurangan stimulus untuk penglihatan sehinggakan bayi mengalami tahap penglihatan yang rendah.

Komplikasi penglihatan yang dapat berlaku akibat pengurangan stimulus penglihatan di awal usia adalah ambliopia (mata malas), nistagmus (mata bergetar) dan juling.

Dengan tahap penglihatan yang rendah, secara tidak langsung boleh mempengaruhi tumbesaran kanak-kanak dari segi motiliti dan juga keupayaan mengenal objek dan warna.

Rawatan atau rehabilitasi/pemulihan semula penglihatan bagi kanak-kanak afakia perlu disegerakan sejurus selepas pembedahan katarak dilakukan.

Ini amat penting untuk mengelakkan penglihatan kanak-kanak tersebut terbiar tanpa ada sebarang pembetulan refraksi.

Pembetulan refraksi/pembiasan diperlukan selepas pembedahan katarak. Ini kerana kanta kristalin yang dikeluarkan semasa surgeri sebenarnya berfungsi sebagai salah satu media refraksi yang membawa kuasa anggaran sebanyak 20D.

Apabila kanta ini dikeluarkan semasa surgeri, mata akan kehilangan kuasa akomodasi (untuk melihat dekat) sebanyak 20D.

Oleh itu, kuasa refraksi tambahan perlu dipasang di luar mata (dengan memakai kanta sentuh ataupun cermin mata) ataupun kanta palsu (kanta intraokular) dimasukkan ke dalam mata kanak-kanak semasa surgeri.

..
.

Sabtu, 23 Julai 2011

Jom Tonton

MENDIDIK ANAK DENGAN KASIH SAYANG


Mendidik anak dengan ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.
Sebuah hadis Rasulullah s.w.t. bermaksud:
“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka. Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak. Walau bagaimanapun tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang.

Jumaat, 15 Julai 2011

TAHUKAH ANDA?

Tidur Mesti Cukup

Kanak-kanak prasekolah yang tidur kurang daripada 10 jam sehari lebih berisiko mengalami masalah perilaku berbanding kanak-kanak yang tidur secukupnya. Menurut kajian yang telah dijalankan mendapati kanak-kanak yang kurang tidur adalah 25% lebih berpeluang mengalami masalah sikap. Jadi, jika anak anda tidak cukup tidur pada waktu malam, pastikan dia tidur pada waktu siang untuk membantunya mendapat tidur yang cukup.

Cukup atau Tidak?

Jika bayi anda membuang air kecil (dengan air kencing yang berwarna cerah) dan membuang air besar (dengan najis ang bewarna kuning terang) sekurang-kurangnya 5 hingga 7 kali sehari, ini menandakan bahawa si manja mendapat susu yang mencukupi.

Susu Ibu

Susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk (di bawah peti sejuk beku) selama 3 hari (72 jam) dan dalam peti sejuk beku (-20 darjah celcius) selama setahun.

Suasana Di Rumah Mempengaruhi Tingkah Laku Anak

Saiz keluarga mempengaruhi tingkah laku dan sikap kanak-kanak. Contohnya anak tunggal yang biasanya mendapat layanan yang lebih daripada ibubapa, mengharapkan orang lain juga member layanan yang istimewa kepadanya. Jika tidak, dia akan cepat marah dan benci pada orang yang kurang member perhatian istimewa kepadanya.
Tingkah laku sosial dan sikap yang ditunjukkan kanak-kanak boleh membayangkan bentuk layanan yang diterima di rumah. Kanak-kanak yang mendapat layanan yang baik dan sempurna akan bersikap demikian juga dengan orang luar. Oleh itu perhubungan dengan ahli keluarga boleh membentuk sikap kanak-kanak terhadap orang luar. Sebaiknya jikalau kanak-kanak itu tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapanya, dia akan mempunyai sikap yang tidak baik juga terhadap orang luar.

Ahad, 10 Julai 2011

Klik...Klik...Klik



PERKEMBANGAN PESAT OTAK JANIN

Ibu hamil perlu meneruskan diet yang seimbang sewaktu hamil kerana pada ketika ini perkembangan pesat sedang berlaku pada janin.
Boleh dikatakan, separuh daripada penambahan berat badan ibu sewaktu hamil berlaku pada bulan ke-6 dan ke-7. Ibu hamil yang mengalami kekurangan nutrient pada usia kehamilan ini, boleh menjejaskan kandungannya. Keperluan nutrient pada trimester kedua dan ketiga perlu diberi perhatian kerana ia mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan otak janin. Pada usia kehamilan 15-20 minggu, otak janin mengalami pertumbuhan yang amat pesat. Sewaktu kehamilan minggu ke30 hingga bayi berusia 18 bulan, otaknya akan mengalami fasa pertumbuhan pesat yang kedua. Ibu yang hamil pada trimester kedua dan ketiga, memerlukan lebih nutrien penting berbanding trimester pertama.
Antaranya ialah :

1. Kalori
Tubuh memerlukan tambahan 285 kalori setiap hari dibandingkan waktu sebelum hamil. Ketika trimester ke-2, berat badan akan meningkat setengah kg setiap minggu. Pada akhir bulan kehamilan, pengambilan karbohidrat (50-60 peratus daripada jumlah kalori) diperlukan supaya ibu bertenaga untuk proses bersalin.

2. Protein


Penting untuk pertumbuhan janin dan plasenta bagi memenuhi keperluan bekalan darah merah. Keperluan protein boleh didapati daripada sumber haiwan seperti daging, ikan,telur dan tumbuhan seperti tempe, tauhu dan kekacang.

3. DHA- Docosahexaenoic Acid


Ibu hamil perlukan DHA yang berterusan sepanjang tempoh kehamilan untuk janin dan paling kritikal pada trimester ketiga. DHA biasanya diperoleh dari ikan seperti ikan salmon, hering, tuna dan mackerel. Elakkan daripada menggoreng atau masak lama. Cara terbaik ialah dengan mengukus. Selain daripada itu, rumpai laut seperti spirulina, bayam kacang soya dan kekacang merupakan sumber terbaik.

4. Zat Besi
Zat besi penting dalam pembinaan darah. Tanpa zat besi, sel-sel darah merah akan kekurangan haemoglobin. Kekurangan darah ini akan member kesan buruk kepada ibu dan janin. Sumber terbaik zat besi berasaskan makanan adalah hati ayam dan lembu, tiram, kerang, dan daging tanpa lemak. Kacang dan sayur segar turut merupakan sumber zat besi yang baik.

5. Asid Folik


Bahan ini adalah untuk perkembangan sistem saraf bayi terutama dalam beberapa minggu pertama. Maka adalah penting untuk mendapatkan bekalan asid folik yang mencukupi. Sayur-sayuran hijau gelap seperti brokoli dan bayam merupakan sumber baik bagi asid folik. Sebaiknya sayur-sayuran ini dikukus atau dimakan mentah untuk mengekalkan vitaminnya.

6. Kalsium


Zat makanan ini penting untuk memastikan perkembangan tulang yang sihat dan asas gigi yang kuat. Kita akan memerlukan kmira-kira 2 kali ganda kalsium berbanding sebelum kehamilan. Sumber yang baik bagi zat ini termasuk keju, susu, dadih, ikan bilis dan sayuran berdaun hijau.

7. Vitamin B6
Pada trimester ketiga, tubuh ibu hamil memerlukan lebih banyak vitamin B6, dibandingkan sebelum hamil. Ini diperlukan untuk membentuk protein daripada asod amino, darah merah, saraf otak, dan otot-otot tubuh. Makanan yang kaya dengan vitamin B6 ini ialah ikan dan jangan lupa mengambil sumber omega -3 yang banyak terkandung dalam daging ikan tuna dan salmon. Omega-3 ini penting pada perkembangan otak dan retina bayi.

Rabu, 6 Julai 2011

ELAK TERKENA JANGKITAN CACING

Masalah cacing bukan perkara baru bagi bayi. Biarpun Nampak mudah tapi tahukah kita bahawa jangkitan cacing pada kanak-kanak akan mengakibatkan kanak-kanak hilang selera makan. Akibatnya anak akan kekurangan berat badan. Empat perkara di bawah petanda anak diserang jangkitan cacing:

1. Kanak-kanak mudah demam dan jangkitan penyakit lain seperti bengkak kalenjar dan sebagainya.
2. Kurang selera makan dan berat badan menurun.
3. Pertumbuhan terencat.
4. Sistem ketahanan badan kurang dan mudah diserang penyakit seperti selsema, demam dan sebagainya.

Sabtu, 2 Julai 2011

KAEDAH ATASI MASALAH PENYUSUAN


Ramai ibu menyusu mengalami kesukaran sewaktu menyusukan bayi. Namun masalah ini dapat diatasi. Kekurangan maklumat serta sokongan dari orang terdekat menyebabkan ibu mengalah dan putus asa untuk terus menyusukan bayi. Di sini ada beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini untuk dikongsi bersama.

Puting Sakit & Merekah

Bagi mengatasi masalah ini anda digalakkan :
 Setiap kali berasa sakit tuam tuala panas atau balutan ketulan ais pada putting.
 Biarkan putting terdedah. Jika boleh dedahkan payu dara pada cahaya matahari beberapa minit setiap hari.
 Sewaktu putting sakit dan merekah elakkan menyapu krim atau losyen payu dara.
 Jangan sesekali membersihkan putting payu dara dengan sabun
 Perah sedikit susu secara manual dan sapukan pada putting dan biarkannya kering dengan sendiri.
 Mulakan menyusu dengan putting yang kurang sakit. Apabila susu mula keluar, tukar kepada puting berikutnya.


Bengkak Susu atau mastitis

Ini adalah satu lagi masalah biasa yang berlaku ketika menyusu. Hal ini terjadi apabila satu atau lebih saluran susu tersumbat. Keadaan ini boleh menyebabkan ibu demam. Antara punca berlaku masalah ini ialah bayi tidak menyusu dalam kedaan yang betul atau ibu memakai baju dalam yang ketat dan mempunyai dawai penyokong. Penyelesaiannya ialah tuam payu dara dengan air suam dan urut perlahan-lahan. Setelah itu susukan bayi pada bahagian payu dara yang bengkak. Kesakitan akan terasa, namun ibu perlu bertenang dan teruskan menyusu dalam jangkamasa yang lebih panjang. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan masalah bengkak susu.

Tidak Cukup Susu

Kadangkala ibu beranggapan pengaliran susunya kurang dan tidak mencukupi untuk bayi. Jika ibu rasa susunya kurang, masalah tersebut boleh diatasi dengan:
 Menyusu dengan lebih kerap. Amalan ini secara tidak langsung akan merangsang pengaliran susu menjadi lebih banyak.
 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang
 Jika susu tetap kurang, berikan susu tambahan (hanya untuk waktu kecemasan sahaja) menggunakan sudu, cawan atau penitis ubat. Ibu perlu menyusu sekurang-kurang dua jam sekali dan berikan susu tambahan selepas penyusuan kali kedua.

Puting rata atau tenggelam

Ibu yang mempunyai puting rata atau tenggelam masih boleh menyusu kerana yang penting mulut dan gusi mesti mencakupi aerola. Akan tetapi terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan puting tersembul keluar. Antaranya ialah :

 Kaedah cubitan aerola iaitu dengan memicit aerola menggunakan ibujari dan telunjuk. Teknik ini akan membantu puting menonjol secara normal.
 Memakai baju dalam yang telah dipotong kecil dibahagian hujungnya. Lama kelamaan puting akan keluar dengan sendirinya. Seelok-eloknya pakai baju dalam yang sebegini setiap hari.
 Menggunakan dua picagari dan tiub kecil dan menyambungkan tiub diantara dua picagari. Salah satu picagari diletakkan pada payu dara dan satu lagi picagari digunakan untuk menyedut udara. Ulangi beberapa kali setipa hari.

Susu Meleleh

Masalah susu meleleh adalah disebabkan payu dara penuh dengan susu. Untuk menghentikan lelehan ini anda perlu :
 Tekan tapak tangan anda pada puting antara seminit hingga dua minit.
 Gunakan lapisan kain yang bersih atau sapu tangan untuk diletakkan di dalam baju dalam anda. Tukar kain tersebut setiap kali ia lembab.
 Anda juga boleh mencegah masalah ini dengan memerah susu dengan lebih kerap.

Susu Kelihatan Lebih Cair

Cara terbaik mengatasi masalah ini ialah dengan memberikan susu sebelah payu dara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan bayi menerima semua peringkat susu ibu iaitu susu pertama (bewarna seperti air biasa iaitu menghilangkan dahaga. Pertengahan (mengandungi banyak khasiat protein) dan akhir (kelihatan lebih pekat kerana kaya dengan khasiat lemak). Dalam pada itu cara ini juga dapat membantu bayi yang kurang berat badan menambahkan berat badannya.

Susu Mengalir Pantas

Bayi mungkin tersedak kerana susu mengalir terlalu pantas. Anda boleh melakukan perkara berikut :
 Hentikan penyusuan selama seminit. Apabila pengaliran susu semakin perlahan, masukkan semula puting ke mulut bayi.
 Perah susu terlebih dahulu bagi mengeluarkan pengaliran susu yang pantas sebelum menyusu bayi.
 Menyusu dalam keadaan berbaring dan meletakkan bayi di atas dada. Keadaan ini menyebabkan bayi menghisap melawan arah gravity, jadi pengaliran susu naik ke atas menjadi agak lambat berbanting pengusuan secara duduk.

Selasa, 28 Jun 2011

MAKNA DI SEBALIK NAMA MENCERMINKAN PERSONALITI ANAK

Ramai bakal ibu dan ayah tercari-cari nama anak yang bakal dilahirkan. Keterujaan ini biasanya bermula diawal kehamilan sehinggalah saat menunggu kelahiran. Nama anak yang dipilih kebanyakannya melihat pada makna yang sangat cantik. Ada juga kawan saya yang berkata “bestnya anak ramail leh letak nama yang cantik-cantik dan makna yang baik-baik. Ada yang sanggup meletakkan 4 patah nama kerana terlalu excited dengan nama yang berkenan dihati sedangkan nama ayah 1 patah jer...

Di sini saya ada beberapa nama cadangan yang sebelum ini antara dalam senarai untuk dinamakan kepada anak.

Nama-nama lelaki

1. Ijlal (Penghormatan
)
Anak merupakan suatu penghormatan yang Allah berikan kepada manusia. Oleh yang demikian penghormatan itu hendaklah dijaga dengan sebaiknya. Didiklah anak sesempurna mungkin.


2. Fudail (Kelebihan, kemuliaan)
Anak yang dididik dengan kasih sayang dan bertanggungjawab, hasilnya akan membentuk seorang anak yang penuh dengan sifat-sifat baik. Adanya akhlak yang baik dalam dirinya, menjadikannya contoh terbaik masyarakat.

3. Busran (Khabar gembira)
Kelahiran anak memang sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ia merupakan khabar gembira dan arasa syukur kepada Allah.

4. Asnawi (yang berseri/gemilang)
Anak bukan sahaja diharapkan lahir dalam keadaan sempurna. Semampu mungkin ibuubapa hendaklah berusaha mendidik anaknya menjadi seorang yang gemilang dan terbilang dalam bidang yang diminati.

5. Qawi (Gagah)
Anak yang diberi pilihan nama ini, akan membesar menjadi pemuda yang tampan. Berbadan tegap dan gagah. Mempunyai jati diri yang baik dan tegas dengan pendiriannya serta tidak mudah tergugat.

6. Qahir (yang menang)
Dalam menghadapi dunia persaingan, moga-moga anak yang diberikan nama ini selalu memperoleh kemenangan. Mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan berdasarkan maksud namanya yang begitu baik.

7. Qawiem (yang lurus)
Seorang yang sangat setia. Tak pandai berbohong dan seorang anak yang boleh dipercayai. Anak yang sangat amanah dan bertanggungjawab.

8. Quwaidir (yang berkemampuan)
Berkemampuan untuk menjadi anak yang cemerlang di masa hadapan. Jika benar-benar mendapat petunjuk, dia mampu pula menunjukkan segala kemampuan dirinya untuk menjadi seoarang yang berjaya.

9. Raimi (keutamaanku)
Anak sememangnya menjadi keutamaan kedua ibu bapanya. Merekalah anak soleh yang diharapkan untuk mendoakan ibubapanya di akhirat kelak. Hanya doa anak yang soleh akan diterima Allah.

Nama-nama perempuan

1. Ahalam (paling sempurna)
Anak yang paling sempurna dalam hidupnya. Sempurna pada fizikal anak dan akal fikirannya. Seorang yang sentiasa ingin kelihatan kemas dan sempurna dalam kehidupan hariannya.

2. Liyana (kelembutan)
Seorang anak yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Pandai berkomunikasi dalam masyarakat. Lembut tetapi tegas dalam pendirian. Sikap ramah dalam dirinya membuatkan orang suka mendekatinya.

3. Razanah (yang terhormat dan disegani)
Ilmu merupakan penyuluh hidup. Seorang anak yang berilmu dan mengamalkan ilmunya membentuk dirinya menjadi seorang yang dihormati dan disegani masyarakat.

4. Rauqah (kecantikan yang menawan)
Anak memang diharapkan memiliki wajah yang cantik. Bukan sahaja diharapkan wajah tetapi budi bahasa juga cantik. Bukan mudah untuk memiliki kedua-duanya sekali.

5. Rasyiqah (cantik & rajin)
Seorang anak yang cantik dan rajin pula. Anak yang begini sangat menguntungkan keluarga. Orang kata sejuk ibu yang mekahirkan ke dunia.

6. Rahwani (kemuliaan)
Pandai menjaga maruah diri. Berakhlak dan penuh dengan sifat-sifat yang kemuliaan dalam dirinya.


7. Robiah (taman yang subur)
Seorang anak yang sangat bertanggungjawab. Jika dia seorang yang berilmu pengetahuan, dia tidak kedekut dengan ilmu yang dimilikinya. Malahan boleh menyampaikan ilmunya dengan baik.

8. Rafhanah (hidup bahagia dan mewah)
Nama yang sepatutnya diberikan kepada anak perempuan. Bukan sahaja kebahagiaan dan kemewahan hidup yang diharapkan. Apa yang penting adalah keimanan.

9. Ridwana (kesukaan, keriangan)
Seorang anak yang penuh keceriaan. Tidak suka mempamerkan kesediahan. Pandai mengawal emosi diri. Kebolehan ini menyebabkan dirinya menjadi seorang yang kelihatan bijak.


10. Adawiyah (ubat penawar)
Anak adalah ubat/ penawar paling mujarab untuk ibubapanya. Kesedihan anak adalah kesedihan ibubapanya. Begitulah sebaliknya.

Isnin, 27 Jun 2011

ADUH! Sakitnya!

Kebanyakan kanak-kanak menderita kesakitan akibat gigitan serangga ataupun binatang peliharaan pada satu-satu masa. Jadi kita sebagai ibubapa jangan memandang gigitan ini enteng. Kita harus mengetahui cara yang betul untuk menguruskannya dan bilakah masa yang terbaik untuk mendapatkan perubatan.

Gigitan Serangga dan Sengatan

Sengatan tebuan amat menyakitkan dan ada kes boleh menyebabkan alergi. Gigitan nyamuk adalah tidak serius sehinggalah berkemungkinan mempunyai risiko penyakit malaria. Walaubagaimanapun ia boleh menyebabkan kegatalan serta boleh dijangkiti kuman jika anak menggaru. Begitu juga jika agas atau kutu menggigit. Lebih serius lagi, gigitan daripada lalat betina boleh menyebabkan kekotoran kepada sesiapa sahaja terutama kanak-kanak.

• Apa Yang Perlu Dilakukan
Gunakan krim antihistamin apabila terkena sengatan tebuan atau lebah. Jika sengatan menjadi lebih besar dan teruk, berjumpalah dengan doctor. Jika anak berasa pening, pengsan dan sesak nafas. Terus ke bilik KECEMASAN.

Gigitan agas dan nyamuk akan kelihatan merah dan gatal. Letakkan krim antihistamin atau susu pada tempat gigitan tadi.


Gigitan kutu selalu terjadi pada lengan dan kaki. Ia menjadikan kulit gatal dan merah dan bertanda. Losyen kalamin atau krim kamomil untuk melegakan kegatalan. Gigitan lalat betina pula menyebabkan kegatalan bertambah besar dan menyebabkan kesakitan beberapa jam.

Gigitan Binatang

Akan menyebabkan kulit melecet atau tanda merah. Kadangkala menyebabkan isi terkoyak dan cedera. Simptom yang tipikal adalah pendarahan dan radang serta bengkak pada kulit.

• Apa Yang Perlu Dilakukan
Jauhkan binatang tersebut dari anak anda dengan selamat. Jika luka tersebut tidak begitu dalam, basuh dengan lembut bahagian yang terluka dengan sedikit sabun dan air. Lapkan sehingga kering dan tutup dengan plaster. Jika pendarahan berlaku dengan banyak gunakan kain kasa untuk menutup luka dan memperlahankan pengaliran darah. Berhati-hati semasa membalut luka dan pastikan dilekat dengan kemas. Dinasihatkan diberikan paracetamol bayi untuk melegakan kesakitan.

Bilakah Masa Untuk Berjumpa Doktor

Jika luka dan pendarahan yang begitu teruk, bawalah anak ke wad kecemasan. Walaupun luka kecil, bawalah anak berjumpa doctor bimbang jangkitan bacteria daripada mulut binatang ataupun jangkitan yang lebih serius seperti kancing gigi atau penyakit anjing gila.
Jika anak belum mendapat suntikan kancing gigi, ubatan yang berkaitan mungkin akan diberi.

Gigitan Ular


Sesetengah orang menyimpan ular sebagai binatang peliharaan. Terdapat banyak sepsis ular yang berbisa di banyak tempat yang mungkin anak kita hadapi ketika bermain di luar atau di dalam rumah.

Apa Yang Perlu Dilakukan

Telefon segera ambulan atau hantar anak ke hospital terdekat. Biarkan dia bertenang. Jangan cuba menyedut keluar bias racun ular tadi tetapi basuhlah tempat yang dipatuk dengan sabun dan air. Balut lah menggunakan pembalut luka antara 5-10cm di atas paras gigitan, ia akan memperlahankan pengaliran racun ke seluruh badan. Pastikan ikatan tidak terlalu ketat

Cakaran Daripada Binatang Peliharaan Anda

Binatang peliharan yang paling baik dengan kita tidak mustahil akan menyerang! Kucing dan arnab mempunyai kuku yang panjang boleh memberikan cakaran yang amat kuat.

Apa Yang Perlu Dilakukan


Basuh tempat cakaran dengan air bersih. Gunakan kapas untuk mengelap darah jika ada dan jika berlaku pendarahan, balut luka dengan sapu tangan bersih. Gunakan antiseptic untuk membersihkan luka. Tukar balutan setiap hari agar bebas dari kuman.

Jika anak mempunyai symptom demam akibat cakaran kucing (demam, bengkak pada kalenjar dan kesakitan pada tulang-tulang) berjumpalah dengan doctor.

AMARAN!
Dalam kebanyak kes, anjing boleh memindahkan virus hidrofobia yang di bawa oleh air liur melalui gigitan. Ingatlah bahawa sesetengah binatang seperti monyet, tidak memperlihatkan sebarang symptom yang luar biasa. Rawatan adalah salah satu vaksin kepada kanak-kan

Sabtu, 25 Jun 2011

Tips

sekiranya anda membawa bayi menaiki kapal terbang, anda digalakkan bayi minum air ketika pesawat berlepas atau mendarat. tindakan ini dapat menyeimbangkan tekanan pada gegendang telinganya dan mengelakkan bayi daripada kesakitan telingan.

Anak Bijak

Masih tercari-cari buku rujukan, alat bantu untuk menambah minat belajar kepada anak anda? saya telah membelinya dan mempraktikkan kepada ketiga-tiga anak saya dan Alhamdulillah...amat memberangsangkan. Anda bila lagi? Mulakan dari sekarang. Klik dan beli, "MACAM-MACAM ADA"

http://adikbijak.com/ref.pl?MX00341

Mengandungi set lengkap untuk permulaan kanak-kanak membaca beserta buku latihan, permainan dan alat bantu belajar menggunakan kaedah fonetik ReadEasy.

Set lengkap mendidik anak cepat membaca Bahasa Melayu, Inggeris dan Al-Quran melalui kaedah fonetik.


Petua bagaimana menjadikan anak yang cemerlang menjadi LEBIH CEMERLANG. Juga membina anak yang LEBIH HEBAT, LEBIH KENTAL & LEBIH BERIMAN.
Set VCD Jom Solat Bersama Ustaz Zamri memberikan panduan kepada kanak-kanak bagaimana untuk mendirikan solat dengan sempurna.

Khamis, 23 Jun 2011

SUP LOBAK MERAH UNTUK SI KECIL


Bahan-bahan:

500gm lobak merah | dipotong serong
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 liter susu segar
Tepung jagung secukupnya
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis

Cara memasak:

1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah dan kacau rata.
2. Setelah itu masukkan susu segar dan didihkan. Biarkan merenih seketika dan padamkan api.
3. Kisar adunan sehingga betul-betul halus.
4. Masukkan semula adunan ke dalam periuk dan didihkan.
5. Perasakan sup dan masukkan tepung jagung yang telah dicairkan.
6. Kacau sehingga pekat berkrim dan sebati.
7. Padamkan api dan sedia untuk dimakan.

MAKANAN BAKAL AYAH PENGARUHI ZURIAT SIHAT, CERGAS DAN BERKUALiTi

Pakar menyatakan diet si bapa adalah penentu utama dalam menghasilkan zuriat berkualiti. Susulan dari itu barulah pemakanan ibu mempengaru perkembanga janin. Sperma yang berkualiti menjamin zuriat atau bayi yang sihat dan cergas. Bakal bapa n bakal ibu harus mengkaji corak pemakanan yang disarankan dan dielakkan demi kesejahteraan bayi anda.

1. Amal pemakanan seimbang mengikut piramid makanan

2. Dalam tempoh tiga bulan sebelum kehamilan, amalkan makanan yang kaya dengan protein.

3. Mengambil zat besi yang cukup dari makanan laut, kuning telur, daging dan bijirin.

4. Mendapat kalsium dan vitamin D yang mencukupi. Amalkan minum susu dan buah kurma setiap malam dan pagi.

5. Banyakkan pengambilan sayuran dan buahan. Ini kerana kekurangan vitamin C dan antioksida boleh menyebabkan sperma kurang aktif dan rosak.

6. Berhenti merokok. Kandungan nikotin akan menjejaskan kualiti sperma.

7. Aktif bersenam agar sperma yang dihasilkan cergas dan memudahkan proses kehamilan.


Yang menajadi persoalan sekarang adakah lelaki mementingkan semua ini apabila merancang untuk berkahwin?? Rasanya tak terlintas langsung menjelang hari bahgia dek kerana bebanan wang hantaran yang bakal diberi pengantin perempuan. Ada yang sanggup mengikat perut makan maggi(mungkin) bagi memenuhi permintaan permaisuri idaman...suasana majlis perkahwinan ala2 Putera William & Kate Middeton. Jadi fikir-fikirkanlah. Utamakan yang lebih UTAMA : )




Rabu, 22 Jun 2011

Singgah jap!

HAMIL...WAKTU PALING SEKSI DAN CANTIK BAGI WANITA

Betulkah kenyataan di atas? Mmmm...Mungkin ramai wanita kat luar sana yang menafikan dan ader juga yang mengiakan. Di sini aku nak kongsikan dari pembacaan dan juga pemerhatian serta pengalaman sendiri sepanjang tempoh kehamilan 3 orang anak.

Persepsi kebanyakan wanita, tiada lagi istilah untuk cantik dan menawan apabila sudah berbadan dua. Usia kehamilan yang makin banyak memboyotkan lagi perut menjadikan keyakinan seseorang wanita makin kurang. Ini kerana kecantikan sering dikaitkan tubuh yang langsing dan pinggang yang ramping. Kerana inilah wanita sering melupakan penampilan diri apabila hamil atau berbadan dua. Mereka tidak mahu melaram, bersolek atau berfesyen. Sedangkan menurut pakar perunding ibu hamil, Patricia Hughes, wanita berbadan dua sebenarnya mempunyai seri yang luar biasa. Jadi tidak hairanlah ada yamg berpendapat wajah wanita mengandung akan kelihatan berseri dan bercahaya....tak jemu mata memandang.



Menurut Patricia lagi, kehamilan menyerlahkan kecantikan semula jadi seseorang wanita biarpun berat badan makin bertambah dan perut makin membesar.

Kulit Makin Cantik
& Sihat

Perubahan hormon pada wanita hamil akan menaikkan seri wajah. Kulit menjadi semakin cantik, sihat dan tegang. Pengaliran darah yang aktif daripada biasa akan menyebabkan system di dalam tubuh bekerja lebih kuat. Dan yang paling disedari kulit wanita hamil akan menjadi lembab dan awet muda. Bagaimanapun awas! Ada juga wanita yang kurang bernasib baik apabila mengalami alahan seperti kulit menjadi kusam, kering, berbintik merah dan jeragat apabila mulai hamil. Tapi jangan bimbang, masalah ini akan berkurangan apabila usia kandungan makin bertambah dan melahirkan anak.

Rambut Ikal Bersinar

Rambut juga akan lebih sihat, bersinar, cepat panjang dan makin lebat. Jangan lepaskan peluang untuk berdandan dan tunjukkan kehebatan kepada kaum suami. Saya cadangkan supaya waktu ini gunakan untuk berdandan agar kelihatan menawan dan seksi. Gayakan dengan klip, tocang atau siputkan agar Nampak menawan.

Payu Dara Lebih Cantik

Perubahan selain perut yang makin tegang, bahagian payu dara ibu juga makin berisi. Ini adalah sebagai penarik bagi anda. Tapi ingat hanya untuk SUAMI. Saat ini anda paeti Nampak seksi. Pilih coli yang sesuai, selesa dan juga cantik dipandang. Biarkan perut makin membesar, kita antara wanita yang tetap menarik dipandang.

Kuku Lebih Sihat dan Bersinar

Kuku akan tumbuh sihat dan cantik. Ini masanya untuk kita mencantikkan kuku tangan dan kaki. Jadi tidak perlu bersusah payah untuk ke spa membuta manicure atau pedicure semata-mata untuk mencantikkan kuku.
Wanita...Hargailah Tempoh Kehamilan yang di anugerahkan!!!!!! Tahniah bagi wanita hamillll, menunggu masa untuk meletuppppppppppp

Isnin, 20 Jun 2011

TAHUKAH ANDA?

PEMELIHARAAN SEL-SEL STEM DARI DARAH TALI PUSAT

• Darah tali pusat merupakan darah yang diperolehi dari tali pusat dan plasenta selepas kelahiran seseorang bayi. Ia mempunyai banyak sel-sel stem.
• Penyimpanan sel-sel stem dari darah tali pusat berpotensi untuk menyelamatkan nyawa anak anda, kerana sel-sel stem tersebut boleh digunakan dikemudian hari apabila diperlukan bagi rawatan berbagai jenis penyakit yang boleh dirawati dari sel-sel stem.

• Di samping itu juga, anak-anak kita juga berkemungkinan berkongsi menggunakan sel-sel stem sesame sendiri. Ini merupakan sejenis insurans-bio menentang penyakit yang tidak dijangka.

CellSafe International (CSI) ialah sebuah syarikat bioteknologi yang membekalkan kepakaran untuk memelihara kriogenik sel-sel- stem pada kadar yang berpatutan.

Ahad, 19 Jun 2011

BILIK SENDIRI

1 Jun 2011, anak sulung saya Amirul Hakim mula tidur bilik sendiri. Ketika ni umurnya 5 tahun 7 bulan. Mungkin sesetengah ibubapa usia ni agak terlewat, tapi bagi saya nilah masa yang sesuai bagi dia kerana dia terlalu manja dan sukar berdikari berbanding dua adiknya. Ni pun setelah 3 hari berjanji, berat hati , sedih pilu semua ada....maklumlah sebelum ni tidur bertiga ngan dua adiknya Alya & Anisha. Sebenarnya tak susah memujuk anak untuk berpindah ke bilik baru tidur bersendiran. Janji kita pandai gunakan kaedah psikologi dan sedikit ketegasan. Jom aku cerita beberapa tip yang boleh di kongsi bersama.

Nampak macam perkara kecil tetapi berpindah daripada katil bayi yang didiami sejak kecil atau tidur di bilik bersama ibubapa merupakan detik penuh emosi bagi anak kita. Sebenarnya tiada usia khusus yang ditetapkan waktu bila sepatutnya tidur di bilik sendiri, tetapi biasanya usia lebih kurang 2 tahun merupakan waktu yang sesuai.

Antara tip yang boleh dicuba :

Beritahu Anak Dengan Cara yang Betul
Ceritakan padanya keseronokan berpindah ke bilik baru. Katakan padanya yang dia kini sudah besar sama seperti orang dewasa. Tunjukkan emosi kita gembira ketika berbicara supaya anak tahu bahawa kita terlalu gembira dengan perpindahan ini.

Lakukannya Bersama

Jika katil yang akan anak kita pakai baru hendak dibeli, bawa anak untuk memilihnya sendiri. Beri dia untuk peluang membuat pilihan dan buatkan anak rasa seperti hadiah untuknya. Pilih cadar dan selimut yang menjadi kesukaannya. Sekiranya katil yang akan digunakannya merupakan katil lama milik abang atau kakak, kita kemas sendiri dan tukar cadar, selimut dengan corak kesukaannya. Ini menunjukkan kita member sokongan dan galakan kepda perpindahan ini.

Pastikan Keselamatannya

Keselamatan anak adalah yang paling penting. Oleh kerana terbiasa dengan sangkar berpagar pada katil bayi, anak akan merasakan dia sentiasa dikawal penghadang katil. Semasa tidurnya anak mungkin terjatuh. Pasangkan penghadang sisi yang kecil dengan betul dan kuat. Tunjukkan pada anak yang penghadang itu akan menyelamatkannya dari terjatuh. Kita juga boleh menggunakan kerusi untuk dijadikan penghadang, hanya sandarkan belakang kerusi di belakang katil.

Persekitaran yang biasa dapat membantu

Biarkan anak kita menggunakan barang-barang yang biasa dipakainya. Tidur di katil yang baru mungkin terasa janggal baginya, jadi bantu dia membiasakan diri dengan memasang cadar dan selimut lamanya. Biarkan dia menggunakannya untuk beberapa hari walaupun kita telah membelikan cadar yang baru.

Beri masa untuk anak menyesuaikan diri

Pilih malam pertama perpindahannya dengan teliti. Malam yang ‘mood’ nya elok. Bersedialah untuk menemani anak untuk beberapa hari pertama. Kita boleh membaca buku cerita untuk menunggunya mengantuk. Ini detik yang amat sukar bagi anak untuk melelapkan mata. Teman anak untuk beberapa ketika dan jangan bosan untuk mengulanginya. Kesungguhan kita akan membuahkan hasil dalam beberapa hari dan tidak mustahil untuk beberapa minggu.

Tegas dengan pendirian

Jika anak membantah, jangan marah tetapi cuba bertenang. Anak mungkin akan menangis sambil merayu-rayu untuk tidur di bilik bersama kita atau katil bayinya semula. Jangan bertukar fikiran sebaliknya pujuk anak dengan menyatakan dia akan merasa selamat dan selesa dengan katil barunya.

Selamat mencuba!

Sabtu, 18 Jun 2011

PNEUMOCOCCAL, MAMPU SEBABKAN KEMATIAN KANAK-KANAK

Penyakit Pneumococcal (PND) merupakan sekumpulan penyakit yang berpunca daripada bakteria Stroptococcus (S.) pneumonia yang juga dikenali sebagai pneumococcus. Pathogen bakteria ini yang menjangkiti kanak-kanak dan dewasa ialah punca penyakit dan kematian yang utama dunia. Penyakit ini antara penyakit yang menyebabkan satu juta kematian kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun setiap tahun. Kanak-kanak yang mempunyai system imun lemah, bayi dan kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian dan kanak-kanak yang mengidap peyakit kronik seperti asma dan sakit jantung konginetal mempunyai risiko mpaling tinggi dijangkiti PND.

Bayi yang baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi kerana kandungan antibody pneumococcal dalam peredaran yang rendah. Selepas pneumococcus menakluki saluran pernafasan atas, bacteria ini boleh merebak secara setempat atau memasuki saluran darah atau cecair serebrospina (csf) untuk menyebabkan pelbagai penyakit. Penyakit yang teruk dan invasive dikenali penyakit pneumococcal invasive (IPD). Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian berkemungkinan lebih besar dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bacteria dalam persekitaran. Penularan jenis-jenis bacteria yang berdaya tahan terhadap pneumococcal terus meningkat di merata dunia. Justeru peranan vaksin untuk mencegah penyakit menjadi semakin penting setiap hari.

Orang ramai perlu memahami penyakit ini dan mengambil tindakan untuk mencegah dan memvaksin bagi melindungi diri dari jangkitan pneumococcal. Jelas lagi, dalam kes tidak dirawat atau kegagalan rawatan, penyakit pneumococcal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, kelewatan pertuturan, palsi serebrum, kerencatan mental dan kadang-kadang kematian.

Hasil kajian di kalangan ibubapa mendapati kesedaran terhadap penyakit ini masih rendah. Walaupun langkah-langkah seperti menjaga kebersihan di rummah dan pusat penjagaan kanak-kanak ramai yang tidaj tahu bahawa pemvaksinan adalah kaedah paling berkesan bagi mencegah penyakit ini. Malah mereka yang pernah dijangkiti sekalipun hanya mempunyai tahap keimunan tertentu, yang tidak melindungi mereka daripada jangkitan seterusnya.

TIP BERCERAI SUSU


Bagi ibu-ibu menceraikan susu terutama bayi yang menyusukan badan amat merisaukan. Tangisan anak yang mengujakan membuatkan hati seorang ibu tidak sampai hati, lalu proses penceraian susu tidak menjadi. Ini mungkin memberikan sedikit tekanan bagi para ibu. Cuba beberapa tips ini :

 Wujudkan masa makan yang rileks dan tenang bagi anda dan bayi. Pilih waktu makan yang sesuai seperti selepas bayi bangun tidur atau tengahari.

 Biarkan bayi bermain dengan makanan dalam mulutnya. Ini akan membantunya membiasakan dengan sudu dan rasa makanan.
 Mulakan dengan jumlah makanan yang sedikit sahaja iaitu hanya satu atau dua sudu kecil sahaja.

 Perkenalkan makanan ringan yang berkhasiat dari usia 6 bulan ke atas dan pastikan bayi mendapat keperluan zat besi dan protein yang cukup setiap hari.

 Pelbagaikan jenis makanan bayi anda untuk mengelakkan bayi bosan dengan menu yang sama setiap hari dan juga untuk memastikannya mendapat nutrient daripada sumber yang berlainan.

Perlu di elakkan.



• Memberikan bayi makanan pejal terlalu awal kerana buah pinggang dan system penghadamannya belum cukup matang sehingga ia berusia 1 tahun.

• Campurkan garam dan gula ke dalam makanannya. Rasa tawar tidak menjadi masalah kepadanya melainkan jika ia telah dibiasakan dengan makanan manis atau masin.

• Membiarkan bayi makan bersendirian kerana risiko tercekik sentiasa wujud.

• Memaksa bayi makan jika dia tidak berminat. Selera makannya berubah dari hari ke hari. Dia akan memberikan isyarat tidak mahu makan dengan memusingkan kepalanya, menolak sudu yang berisi makanan atau enggan membuka mulut.

• Menggunakan semula makanan yang tidak habis kerana khuatir bayi akan memdapat masalah keracunan makanan.

Khamis, 16 Jun 2011

BAYI TIDAK PERLU GULA DAN GARAM

Dalam keghairahan kita menjamu selera, secara tidak sedar anak kecil juga turut disuap dengan makanan yang kita makan. Mungkin ramai ibu yang berpendapat si kecil sudah boleh diberi makanan tersebut kerana usia hamper setahun atau lebih. Ini dikuatkan lagi dengan andaian mereka yang menyatakan jenis makanan si kecil sudah sama dengan makanan orang dewasa.

Namun begitu,sebenarnya semakin bertambah usia dan tahap pertumbuhan si kecil, maka gizi yang diperlukan oleh mereka juga perlu semakin lengkap. Selain itu para ibu juga perlu member sepenuh perhatian terhadap cara penyediaan makanan tersebut.
Ibu harus memastikan bahan yang disediakan seharusya tidak terlalu masak, terlalu panas atau ditambah bahan perisa. Tidak perlu menambahkan rasa manis atau masin. Bagi member lebih khasiat, hanya campurkan kentang atau lobak ke dalam bubur nasi mereka. Biasanya anak kecil yang belum mencecah usia setahun tidak mengenal rasa makanan sehingga dia cenderung memilih makanan. Sekiranya sudah terbiasa dengan rasa makanan yang dicampur bahan perasa, pastinya mereka enggan makan makanan yang tiada bahan perasa.
Makanan seperti madu juga, sebaiknya perlu dihindari daripada diberikan kepada sikecil. Ini kerana ia berisiko terdedah kepada bacteria Clostridium yang boleh menyebabkan botulisme (keracunan makanan yang teruk disebabkan oleh botulin dalam makanan yang tidak diawet dengan sempurna).
Anda juaga dinasihatkan sup[aya tidak mencampurkan makanan antara satu sama lain. Sebaiknya tunggu sehingga 4 hari untuk memperkenalkan makanan baru kepada si kecil. Berikut adalah makanan yang tidak sesuai diberikan si kecil yang berusia di bawah setahun. Sebaiknya pemberian makanan tersebut juga perlu ditunda sehingga usia si kecil mencecah dua tahun.
GULA, GARAM, MADU, KEKACANG, SUSU LEMBU
Dengan ini ibu-ibu haruslah bijak bagi membentuk pola makanan sihat kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi.

BAHASA ISYARAT UNTUK SI KECIL!

Kita sering tertanya-tanya apa sebenarnya yang anak kita mahukan terutama sekali ketika dia meraung-raung dengan tangisan. Ini tidak mahu, itupun tidak mahu, pening kepala memikirkan. Kebanyakan ibubapa membiarkan ia terus menjadi misteri kehidupan. Dengan harapan beberapa bulan lagi anak akan mula bercakap menyatakan dia lapar, letih dan meminta ibu mencantumkan lego untuknya. Tapi, percayakah jika dikatakan kita sebenarnya dapat berkomunikasi dengan bayi kita lebih awal lagi? Ini dengan menggunakan bahasa isyarat. Penggunaan bahasa isyarat dengan bayi boleh digunakan seawal yang kita kehendaki.

Walaubagaimanapun, anak kita mungkin akan cuba menggunakannya sendiri sekurang-kurangnya di usia 6 bulan.





1. Mulakan dengan beberapa isyarat terlebih dahulu. Ia memudahkan kita untuk mengingat bagaimana untuk melakukannya dan membuatnya selalu. Mulakan dengan isyarat yang akan selalu digunakan seperti ‘makan’, ‘minum’, dan ‘hendak lagi’.

2. Sentiasa menyebut perkataan yang mewakili isyarat itu. Apa yang perlu diingat ialah, bahasa isyarat adalah bahasa penghubung kepada bahasa percakapan, bukan untuk menggantikannya. Sentiasalah ingat untuk membuat bahasa isyarat yang mewakilinya setiap kali kita menyebut perkataan itu. Konsistensi adalah penting.

3. Jangan melakukan terlalu pantas. Kanak-kanak kecil belajar melalui ulangan. Jadi jika kita mahu bertanya adakah dia lapar. Buatlah isyarat ‘makan’ berulangkali sambil bertanyakan soalan yang sama dengan cara yang berbeza-beza. Contohnya “nak makan tak?” “nak makan apa-apa?”

4. Menggunakan peluang yang ada sebanyak mungkin pada setiap hari. Jika kita menggunakan isyarat ‘kucing’ hanya apabila kucing peliharaan jiran berada berdekatan, bayi kita mungkin menyangka isyarat tersebut hanya untuk kucing itu sahaja. Tetapi jika kita membuat isyarat ‘kucing’ apabila menonton Tom & Jerry atau apabila ternampak gambar kucing dalam buku, anak kita akan dapat mempelajari isyarat itu.

Dalan satu kajian yang dilakukan di luar Negara, bahasa isyarat membuktikan bayi kita akan lebih awal bercakap benbanding bayi yang tidak didedahkan dengan bahasa isyarat. Kini, para penyelidik sedang mengkaji samada bahasa isyarat dan kebolehan berkomunikasi yang wujud dapat membantu menenagkan bayi daripada mengamuk. Hendak Cuba bahasa Isyarat?

Cuba isyarat-isyarat mudah ini..
•MAKAN/LAPAR- Letak hujung jari di mulut anda
•MINUM/DAHAGA -Buat gaya seperti hendak menghisap ibu jari.
•HENDAK LAGI- Rapatkan jari jemari kedua-dia belah tangan bersama berulangkali.
•TUKAR LAMPIN -Tepuk pinggul anda.
•TIDUR- Rapatkan kedua belah tapak tangan anda dan sandarkan kepala anda kepadanya.
•TELEFON- Letak tangan di telinga •BUKU Buka dan tutup tapak tangan anda seperti sedang membuka buku.
•KUCING- Buat gaya seolah-olah memegang misai di pipi anda.
•BURUNG -Sentuhkan jari telunjuk ke ibu jari di tepi mulut dan buka tutupnya seolah-olah ia paruh burung.

Rabu, 15 Jun 2011

KHASIAT BUAH-BUAHAN UNTUK SI KECIL

OREN
Buah sitrus yang dikenali kerana mengandungi banyak vitamin C. Kulit dan kulit bahagian dalam oren kaya dengan pectin (sejenis gentian larut) dan flavanoid yang bertanggungjawab mengekalkan reputasi buah oren untuk mencegah selsema.


MANGGA
Jus buah mangga dikatakan mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit. Di samping itu buah ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium dan magnesium serta vitamin A dan C yang amat diperlukan untuk tumbesaran si kecil.




KURMA
Buah yang mempunyai khasiat paling tinggi untuk diberikan kepada anak. Mengandungi protein, serat, glukos, vitamin A dan C, sodium dan potassium. Kurma amat baik diambil oleh kanak-kanak bagi membantu proses tumbesaran serta membentuk otak yang sihat selain berperanan dalam membentuk darah dan sum sum tulang.

PISANG
Kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus, postasium, dan zat besi. Di samping itu , ia turut mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsang aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga dalam badan. Pisang juga dapat membantu masalah sembelit, menyihatkan jantung, sistem saraf dan buah pinggang si kecil.



TEMBIKAI
Buah ini kaya dengan zat besi, kalium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C, asid folik dan zink yang baik untuk perkembangan anak. Jus tembikai dapat menyembuhkan demam dan masalah kembung perut dikalangan anak-anak.


BETIK
Merupakan buah berkhasiat membantu proses penghadaman dan elakkan sembelit. Kandungan karotena di dalam buah betik baik untuk mata serta menyembuh luka dengan segera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...