Halaman

Sabtu, 18 Jun 2011

PNEUMOCOCCAL, MAMPU SEBABKAN KEMATIAN KANAK-KANAK

Penyakit Pneumococcal (PND) merupakan sekumpulan penyakit yang berpunca daripada bakteria Stroptococcus (S.) pneumonia yang juga dikenali sebagai pneumococcus. Pathogen bakteria ini yang menjangkiti kanak-kanak dan dewasa ialah punca penyakit dan kematian yang utama dunia. Penyakit ini antara penyakit yang menyebabkan satu juta kematian kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun setiap tahun. Kanak-kanak yang mempunyai system imun lemah, bayi dan kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian dan kanak-kanak yang mengidap peyakit kronik seperti asma dan sakit jantung konginetal mempunyai risiko mpaling tinggi dijangkiti PND.

Bayi yang baru lahir sehingga berusia 24 bulan menghadapi risiko paling tinggi kerana kandungan antibody pneumococcal dalam peredaran yang rendah. Selepas pneumococcus menakluki saluran pernafasan atas, bacteria ini boleh merebak secara setempat atau memasuki saluran darah atau cecair serebrospina (csf) untuk menyebabkan pelbagai penyakit. Penyakit yang teruk dan invasive dikenali penyakit pneumococcal invasive (IPD). Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian berkemungkinan lebih besar dijangkiti kerana lebih terdedah kepada bacteria dalam persekitaran. Penularan jenis-jenis bacteria yang berdaya tahan terhadap pneumococcal terus meningkat di merata dunia. Justeru peranan vaksin untuk mencegah penyakit menjadi semakin penting setiap hari.

Orang ramai perlu memahami penyakit ini dan mengambil tindakan untuk mencegah dan memvaksin bagi melindungi diri dari jangkitan pneumococcal. Jelas lagi, dalam kes tidak dirawat atau kegagalan rawatan, penyakit pneumococcal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, kelewatan pertuturan, palsi serebrum, kerencatan mental dan kadang-kadang kematian.

Hasil kajian di kalangan ibubapa mendapati kesedaran terhadap penyakit ini masih rendah. Walaupun langkah-langkah seperti menjaga kebersihan di rummah dan pusat penjagaan kanak-kanak ramai yang tidaj tahu bahawa pemvaksinan adalah kaedah paling berkesan bagi mencegah penyakit ini. Malah mereka yang pernah dijangkiti sekalipun hanya mempunyai tahap keimunan tertentu, yang tidak melindungi mereka daripada jangkitan seterusnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...