Halaman

Khamis, 16 Jun 2011

BAYI TIDAK PERLU GULA DAN GARAM

Dalam keghairahan kita menjamu selera, secara tidak sedar anak kecil juga turut disuap dengan makanan yang kita makan. Mungkin ramai ibu yang berpendapat si kecil sudah boleh diberi makanan tersebut kerana usia hamper setahun atau lebih. Ini dikuatkan lagi dengan andaian mereka yang menyatakan jenis makanan si kecil sudah sama dengan makanan orang dewasa.

Namun begitu,sebenarnya semakin bertambah usia dan tahap pertumbuhan si kecil, maka gizi yang diperlukan oleh mereka juga perlu semakin lengkap. Selain itu para ibu juga perlu member sepenuh perhatian terhadap cara penyediaan makanan tersebut.
Ibu harus memastikan bahan yang disediakan seharusya tidak terlalu masak, terlalu panas atau ditambah bahan perisa. Tidak perlu menambahkan rasa manis atau masin. Bagi member lebih khasiat, hanya campurkan kentang atau lobak ke dalam bubur nasi mereka. Biasanya anak kecil yang belum mencecah usia setahun tidak mengenal rasa makanan sehingga dia cenderung memilih makanan. Sekiranya sudah terbiasa dengan rasa makanan yang dicampur bahan perasa, pastinya mereka enggan makan makanan yang tiada bahan perasa.
Makanan seperti madu juga, sebaiknya perlu dihindari daripada diberikan kepada sikecil. Ini kerana ia berisiko terdedah kepada bacteria Clostridium yang boleh menyebabkan botulisme (keracunan makanan yang teruk disebabkan oleh botulin dalam makanan yang tidak diawet dengan sempurna).
Anda juaga dinasihatkan sup[aya tidak mencampurkan makanan antara satu sama lain. Sebaiknya tunggu sehingga 4 hari untuk memperkenalkan makanan baru kepada si kecil. Berikut adalah makanan yang tidak sesuai diberikan si kecil yang berusia di bawah setahun. Sebaiknya pemberian makanan tersebut juga perlu ditunda sehingga usia si kecil mencecah dua tahun.
GULA, GARAM, MADU, KEKACANG, SUSU LEMBU
Dengan ini ibu-ibu haruslah bijak bagi membentuk pola makanan sihat kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...